Sunday, October 25, 2009

PRODUK KITAR SEMULA


BEG KITA SEMULA


KEPENTINGAN ALAM SEKITAR


- Kesihatan
- Faedah
- Jenis produk
- Tanggungjawab
- Fungsi

KESIHATAN
Penggunaan “Beg Hijau” yang bersifat biodegradasi secara meluas mengurangkan pencemaran alam sekitar yang melibatkan beg plastik sehingga 30 peratus.

Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara berbanding `Beg Hijau’ yang diperbuat dari kertas.

Sebahagian inisiatif penggunaan beg plastik digantikan dengan penggunaan beg mesra alam atau beg hijau.

FAEDAH
Menggalakkan masyarakat supaya menggunakan bahan mesra alam untuk meningkatkan pelupusan bahan plastik secara sistematik untuk mengelak berlakunya pencemaran.

Mewujudkan satu produk mesra alam iaitu “Beg Hijau” yang pelbagai bentuk dan saiz bagi menarik minat masyarakat untuk menggunakannya.

TANGGUNGJAWAB
Sebagai pengguna menjadi tanggungjawab untuk menyokong kempen-kempen memelihara dan memulihara alam sekitar yang dijalankan antaranya :

“Kempen Hari Tanpa Plastik”
“Kempen Kitar Semula”
“Kempen Pemuliharaan Alam Sekitar”
“Kempen Haram Guna Plastik”


FUNGSI
Mendedahkan kepada masyarakat tentang “Beg Hijau” yang memberikan alternatif lain selain plastik terhadap barang yang tidak mencemarkan alam sekitar contohnya apabila membeli-belah.

Menimbulkan kesedaran tentang kepentingan untuk melakukan kitar semula terhadap bahan-bahan seperti plastik, kaca dan kertas.